Sabtu, 19 Mac 2011

Adam Mengunci Ibu Dalam Bilik Air

Assalamualaikum dan selamat tengahari.
Semalam, 19/3/2011 lebih kurang jam 9.30pg memandangkan Adam dah busuk n masam, ibu memutuskan untuk mandikan ja Adam, sabun banyak2 bg berbuih n wangi anak ibu. Proses mandi berjalan lancar dan ibu berjaya siapkan Adam dengan berbaju singlet kuning Tedd, short pants cm pemain bola. Hensome..
Ibu telah mengunci pintu bilik supaya Adam xganggu angah n maktok buat kerja.

Tp ibu pulak cm busuk.."ibu nak mandi la pulak Adam. Adam dok diam2 tau." Ibu pun masuk toilet n kunci. Selesai mandi lebih kurang 7 minit lepas tu, ibu pun buka selak pintu n TERKUNCI.."terkunci? Adam kunci ibu?" Jantung hampir terhenti sbb takut apa2 jd kt Adam dok sorang2. "Adam, tolong buka kunci pintu ibu jap sayang" Adam cuma jawap "emm" tp xterbuka pn. "mama, tlg..Adam kunci pintu bilik air Zai"

maktok datang n ketuk pintu bilik "Adam...tolong buka pintu kt ibu" setelah beberapa kali maktok menjerit n ibu menjerit, Adam dengan selamba membuka selak pintu sambil tersenyum "huh! bersyukur" ibu terus amik n cium pp adam.."bertuah la anak ibu ni.."

Klu duduk sorang2 terkenang jgk dgn Si Adam ni. Nak marah, tp sayang..
Sbb ADAM TERLALU ISTIMEWA BUAT IBU

Sabtu, 19 Februari 2011

Kejadian Yang Tak Akan Ibu Lupakan

Pada 18.2.2011 jam 6.30 ptg, ibu n abah telah membawa Adam untuk bersiar2 di Tasik Melati, Perlis memandangkan dh lama kami tak gathering. Ibu telah ambik kesempatan tu berjogging seorang diri dan meninggalkan Adam bersama abah. Selesai berjogging, ibu terus menuju kepada Adam n abah. Adam yg leka memanjat tangga papan gelongsor masa tu dengan tiba2 jatuh apabila kakinya tergelincir memijak tangga yg ke 3. Adam jatuh dengan keadaan terduduk dan terus senyap n kaku. Ibu dengan nada terperanjat menjerit supaya dengan segera abah mengangkat Adam. Adam terdiam tanpa menangis. Mata Adam memandang keatas dan Adam seperti terkena sawan. Adam juga tidak bernafas. Ibu n abah berlari menuju ke kereta dan dengan segera Adam di bawa ke hospital Kangar. Ibu yg memangku Adam bertindak menepuk belakang Adam dengan harapan Adam dapat bernafas, tetapi hampa. Pada saat itu yg terlintas difikiran ibu Adam akan meninggalkan ibu atau Adam akan cacat seumur hidup. Kedua2 kemungkinan itu ibu akan terima dengan redha. Ibu mengucap kalimah syahadah di telinga Adam dan tidak henti-henti beristigfar. Abah menyuruh ibu memberi bantuan pernafasan kepada Adam. 4 kali cubaan, Adam menggigit bibir ibu dan ibu merasakan ada perubahan pada Adam. Ibu mencuba lagi dan akhirnya Adam kembali bernafas. Ibu sangat bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada anak ibu untuk kembali bersama ibu seperti sediakala.. Ameen..Adam perlu tahu yg ibu n abah sangat menyayangi Adam..lebih dari segalanya